Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lupakan Hasrat Ke Stadium...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini meminta peminat bola sepak...

Penerima Sinovac Diberi Dos...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan penerima vaksin COVID-19 keluaran Sinovac akan...

Yeo Bee Yin Perlu...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar...

Bapa Selamat Anak Daripada...

TONGOD - Tindakan pantas seorang bapa memukul seekor beruang menggunakan batang kayu menyelamatkan...

Kenderaan Asing Dari Singapura Wajib Ada VEP Mulai 1 Oktober

PUTRAJAYA : Kerajaan akan menguatkuasakan Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada semua kenderaan asing yang masuk ke negara ini dari Singapura bermula 1 Oktober depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan peraturan ini akan digunakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak, Johor dan Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

Loke berkata, langkah ini bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia.

“Sejak April 2019, kementerian pengangkutan melaksanakan pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan warga asing yang melintasi Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Abu Bakar.


“Bagi memastikan pemilik kenderaan warga asing mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa peraturan VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Oktober.

“Sesiapa yang memandu kenderaan motor asing tanpa VEP sebelum masuk atau semasa berada di Malaysia adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga hingga 6 bulan seperti termaktub dalam Seksyen 119 (2) Akta 333,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori