Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sah Empat Orang Kita...

PETALING JAYA: Empat rakyat Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci meninggal dunia di...

“Nak Berapa Jari Hadiah...

TERKEDU kami apabila melihatkan ayat perbualan di Facebook antara seorang gadis bertudung dengan...

“Bukan… Jangan Percaya Video...

Video seks yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang tersebar di...

Kit Siang Cabar Najib...

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk...

Kes Masak Mi Segera: Empat Didakwa Esok

KUALA LUMPUR : Empat daripada 15 orang yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata proses pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada jam 9 pagi.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).

“Selebih 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini,” katanya kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada dalam kalangan 15 orang yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan atau VIP.

Ini selepas tular di media sosial berkenaan penahanan 15 orang individu berkait kes itu termasuk dua daripadanya yang didakwa sebagai anak kepada Timbalan Menteri.


“Kesemua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata polis menahan 15 orang termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Katanya, mereka ditahan Sabtu lalu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun, Yahaya berkata kesemuanya sudah pun dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam percakapan mereka.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori