Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Kereta Terbalik Ketika...

LUMRAH apabila rakan-rakan menumpang atau menaiki satu kereta bersama, pasti akan melakukan perkara yang...

Bukan Kerana Drama, Zara-Hafreez...

PASANGAN selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Zara Zya dan Hafreez Adam mengakui...

Remaja Ditahan Kerana Buat...

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki ditahan polis kerana membuat laporan palsu kononnya...

TM, UMLand J-Biotech Meterai...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) dan UMLand J-Biotech Park Sdn Bhd...

Kes Resit Tempah Piza Hina Islam: 3 Warga Myanmar Antara 4 Ditahan

BAYAN LEPAS : Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, di sini, yang didakwa menghina Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata mereka membabitkan tiga warga Myanmar, termasuk sepasang suami isteri serta seorang lelaki tempatan, ditahan polis di sebuah pondok dalam dusun durian di Sungai Ara, di sini.

Katanya, tiga warga Myanmar berusia 19 hingga 28 tahun itu pekerja kebun durian, manakala lelaki tempatan berusia 67 tahun adalah majikan, semua ditahan pada Khamis minggu lalu.

“Tiga warga Myanmar itu direman sehingga 3 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Lelaki tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat, Isnin lalu.


“Setakat ini, kita sudah terima 17 laporan berkaitan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis merakamkan keterangan lapan individu, termasuk dua pekerja rangkaian restoran piza terbabit bagi membantu siasatan kejadian 15 Mei lalu itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori