Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aktor Fachri Albar Ditahan...

JAKARTA - Hero utama filem Bukan Cinta Malaikat yang bergandingan dengan aktres Nora...

Polis Bukan Berkhidmat Utk...

BUTTERWORTH -- Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim memberitahu Mahkamah...

Berusia 92 Tahun, Inilah...

MELIHAT kelibatnya yang masih ligat bekerja di sebuah restoran 24 jam, siapa sangka usia...

KL Pertama Di Dunia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatat sejarah apabila menjadi negara pertama yang menempatkan hotel...

‘Kuil Sri Maha Mariamman Perlu Pindah Kerana Dibina Secara Tidak Sah Atas Tanah Milik Syarikat’

KULIM: Kerajaan Kedah menegaskan ia tidak akan merobohkan mana-mana rumah ibadat di negeri ini tanpa alasan munasabah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam negeri, Wong Chia Zhen, menegaskan ia termasuk isu kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Seluang, Kulim, yang perlu dipindahkan berikutan dibina atas tanah ladang kelapa sawit yang pada mulanya dimiliki Sime Darby.

Katanya, atas kepentingan awam, tanah itu dijual kepada kerajaan negeri dan kini akan mula dibangunkan untuk Fasa Empat Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

“Saya difahamkan bahawa status tanah kuil ini dari dulu adalah tidak sah dari segi undang-undang. Jadi untuk membantu memperbaiki keadaan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim (PDTK), Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Khairul Anuar Ramli, telah memulakan perbincangan dengan pengurusan kuil untuk mencapai satu kesepakatan sejak dua tahun lalu.

“Kerajaan negeri mencadangkan supaya kuil ini dipindah ke satu tempat dan diberikan status sah selepas itu, pihak pengurusan kuil pun setuju dengan cadangan tersebut memandangkan status tanah sekarang adalah tidak sah dan berharap perkara ini boleh diselesaikan untuk kepentingan penganutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Chia Zhen berkata, setelah beberapa kali rundingan dan sesi bermesyuarat, kerajaan negeri melalui PDTK bersetuju membuat tawaran berasingan dua tapak tanah untuk tujuan pemindahan kuil dan KTPC akan menampung kos terbabit dalam upacara pemindahan.

Bagaimanapun katanya, PDTK tidak mendapat maklum balas daripada pihak kuil menjelang tarikh yang ditentukan dalam surat tawaran dan kemudiannya perkara ini tular di media sosial seperti diketahui umum.

“Sampai kini, pihak pengurusan kuil menolak tawaran yang ditawarkan secara lisan pada 14 Mac 2024, semasa sesi pemakluman dan lawatan tapak bersama PDTK, KTPC dan persatuan kuil.. pihak kerajaan tetap membuka ruang dan peluang untuk menyelesaikan isu ini secara damai dan harmoni.

“Notis untuk mengosongkan tapak telah pun dikeluarkan pada 7 April 2022 dan adalah kewajipan pihak berkuasa untuk mengosongkan tapak tersebut bagi bila-bila masa, namun tiada tindakan diambil memandangkan isu ini melibatkan amalan agama dan kuil sebagai tempat yang suci untuk penganutnya,” katanya.


Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan masih membuka ruang untuk berunding dan berbincang dengan pihak pengurusan.

Katanya, pihak kerajaan tidak pernah sama sekali mempunyai niat untuk merobohkan kuil ini dan secara berterusan ingin mencari jalan penyelesaian untuk penganut-penganut kuil Sri Maha Mariamman.

“Jadi saya berharap semua pihak termasuklah ahli politik untuk tampil mencari jalan penyelesaian bersama-sama kerana pihak kerajaan memang tidak berniat untuk mengambil tindakan keras walaupun kuasa ditetapkan dalam undang-undang.

“Saya berharap juga tidak ada sesiapa cuba menunggang isu ini untuk kepentingan politik sendiri kerana isu ini berkaitan dengan ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman meminta kerajaan negeri menyediakan kawasan alternatif yang sesuai untuk pembinaan semula kuil itu selepas menerima notis untuk mengosongkan kawasan semasa kuil itu.

Pengerusi kuil, K Kheeshor Kumaar, berkata kerajaan negeri mencadangkan tempat baharu kira-kira 12 kilometer dari tapak semasa untuk pembinaan semula kuil itu.

Bagaimanapun, beliau berkata lokasi yang dicadangkan itu tidak sesuai untuk orang ramai pergi ke kuil itu berikutan ia agak jauh dari penempatan penganutnya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori