PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis Le Monde.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Laporan itu menyatakan dana itu diambil daripada peti besi beberapa cawangan bank itu, memetik dokumen Bank of Palestine yang dihantar kepada rakan kongsi antarabangsa tertentu yang memperincikan rompakan itu.
“Pada 16 April, kakitangan menemui lubang di siling bilik simpanan di salah satu cawangan Gaza bank itu dan mendapati bahawa kira-kira 3 juta Shekal (RM3.8 juta) yang diperuntukkan untuk mesin tunai telah hilang,” kata Le Monde.
Keesokan harinya, kumpulan bersenjata yang dilengkapi dengan bahan letupan kembali ke tapak, meletupkan ruang perlindungan simen, dan mengambil lebih daripada 30 juta Shekal (RM38 juta) dalam pelbagai mata wang daripada tiga peti besi.
Bank of Palestine, yang diasaskan pada tahun 1960, adalah institusi kewangan terkemuka di Gaza.
Pihak Berkuasa Kewangan Palestin, sebuah badan bebas yang menyelia sistem kewangan di wilayah Palestin, ketika dihubungi AFP berkata, ia merancang untuk mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu lewat hari ini.
-Berita Harian