Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

MyBas JB Pelengkap Perkhidmatan...

ISKANDAR PUTERI - Perkhidmatan MyBas Johor Bahru yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat dilihat...

Rain Tolak Tawaran Berlakon...

BAKAT yang dimiliki bintang terkenal Korea Selatan, Rain turut mendapat perhatian dari produksi...

Lelaki Maut Motosikal Rempuh...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bas yang...

Pengundi Perlu Tolak Pembangkang...

PASIR SALAK - Pengundi diingatkan supaya menolak pemimpin pembangkang yang hanya tahu menabur...

Mahkamah Persekutuan Kekal Status Islam Seorang Wanita

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim dengan majoriti 2-1 yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Abu Bakar Jais, manakala Datuk Mary Lim Thiam Suan menentang keputusan majoriti.

Wanita itu merayu terhadap keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 13 Januari 2023, yang mengembalikan status agamanya sebagai seorang Islam.

Wanita itu berkata, dia masih kecil ketika ibunya bertindak mengislamkannya pada 1991.


Katanya, ibu berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam selepas bercerai dengan bapa wanita itu.

Namun, ibu dan bapa tiri wanita itu membenarkan dia terus mengamalkan kepercayaan Hindu, agama yang dianuti sejak dilahirkan walaupun sudah memeluk Islam.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori