Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Intan Ladyana: Hubungan Kami...

 Kisah percintaan antara Kamal Adli dan Intan Ladyana masih lagi menjadi tanda tanya...

Sultan Johor Ingatkan ADUN...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengingatkan...

Tujuh Jalan KL Ditutup...

KUALA LUMPUR - Tujuh jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup kepada...

Polis Marin Rampas Rokok...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 12,000 karton...

Malaysia Sedia Pimpin ASEAN Ke Arah Kestabilan, Kemakmuran – PM

TOKYO – Malaysia menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Semasa menyampaikan ucaptama di Persidangan Nikkei (Masa Depan Asia) ke-29, di sini, pada Khamis, Perdana Menteri menekankan bahawa perdagangan, pelaburan dan teknologi kini sering digunakan sebagai senjata dalam persaingan antara kuasa dunia, sekali gus menjejaskan negara-negara membangun.

Justeru, sebagai persiapan untuk memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia komited untuk memperkuatkan kerjasama ekonomi serantau dan mengurangkan perbezaan dalam negara-negara ASEAN.

ā€œUsaha ini termasuk memperkenalkan kerangka Ekonomi Madani untuk pembangunan yang mampan dan inklusif serta Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan 2030 (NIMP 2030) untuk memacu industri strategik seperti semikonduktor dan keluli.

ā€œMalaysia juga melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, menunjukkan komitmen negara terhadap kemampanan alam sekitar,ā€ kata beliau.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri turut menggariskan antara usaha lain diambil Malaysia ialah memanfaatkan aliran masuk pelaburan langsung asing dan kepelbagaian rantaian bekalan global untuk pembangunan yang lebih seimbang.


Anwar turut menekankan kepentingan solidariti dan kerjasama di kalangan negara-negara Asia untuk mencapai masa depan yang aman, stabil dan makmur.

“Kita mesti berdiri bersama, tidak membiarkan kekuatan luaran atau persaingan tidak sihat menarik kita jauh daripada matlamat yang lebih besar,” tambah beliau.

Perdana Menteri tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tersebut dengan tekad Malaysia terus menjadi peneraju dalam ekonomi serantau dan global, memanfaatkan kekuatan kerjasama dan inovasi untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyeru kepada tindakan kolektif untuk menghadapi perubahan ekonomi, teknologi, dan geopolitik yang pesat.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori