Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sebenarnya Kenapa Wanita Lebih...

RAMAI antara kita yang sedia maklum bahawa jumlah wanita sememangnya melebihi kaun lelaki....

APM Pantau Keadaan Fenomena...

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar bersedia untuk memindahkan penduduk...

Kelindan Lori Dihukum Gantung...

IPOH - Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi...

Gadis Ini Cari ‘Teman...

Di laman sosial terdapat bermacam-macam perangai manusia yang pelik boleh kita jumpa, hanya...

MBKT Hantar Notis Resort Anjur Parti ‘Aloha’

KUALA TERENGGANU : Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sudah menghantar notis kepada pengusaha resort yang dikatakan menganjurkan parti liar ‘Aloha’ di Pulau Lang Tengah, Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif, berkata notis atas kesalahan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 dihantar kepada pengusaha resort Khamis lalu.

Bagaimanapun, katanya setakat ini pengusaha resort itu belum membuat pembayaran kompaun yang dikenakan sebanyak RM25,000.

“Pengusaha resort berkenaan diberi tempoh sehingga Rabu minggu depan untuk menjelaskan bayaran kompaun. Kita difahamkan pengusaha resort itu sudah menerima notis kesalahan tetapi disebabkan Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti, pembayaran tidak dapat dilakukan,” katanya.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris, dilaporkan berkata pengusaha resort yang menganjurkan parti ‘Aloha’ dikenakan kompaun maksimum oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak RM25,000.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Sumer Bay Resort, Datuk Chong Fah Ming, ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima notis kompaun daripada MBKT Khamis lalu.


Katanya, pihaknya tidak akan membuat rayuan bagi mengurangkan kadar kompaun ditetapkan walaupun dibenarkan MBKT.

“Kita akan membuat bayaran penuh kadar kompaun ditetapkan sebelum Rabu minggu depan. Kita minta semua pihak termasuk media arus perdana terus memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancong, termasuk daripada luar negara ke negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Chong mengakui parti itu diadakan secara tertutup setiap tahun pada 20 Mei sempena sambutan ulang tahun resort sejak 2015.

“Walaupun dikenakan denda tapi kita akan terus berusaha termasuk menggunakan peruntukan sendiri ke China untuk menarik kedatangan pelancong ke Terengganu bagi membantu sektor pelancongan,” katanya.

-Berita Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori