Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pairin Belum Terima Laporan...

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan belum...

Kecoh!! Astro Kini Haramkan...

Agama adalah isu yang amat sensitif untuk dimainkan sesuka hati di negara ini.Justeru...

‘Hujan Eksklusif’ Hanya Kena...

PELIK tapi benar. Rasanya itu perkataan yang sesuai digambarkan apabila hanya sebuah rumah...

“Zulfarhan Lambang Kasih Sayang...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah kenyataan impak mangsa iaitu ibu Zulfarhan Osman Zulkarnain,...

MH370: Kertas Cadangan Ocean Infinity Dibawa Ke Kabinet Ogos Ini

SEREMBAN – Kertas cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing 10 tahun lepas, akan dibawa untuk pertimbangan Kabinet Ogos ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa berikutan kertas cadangan terperinci diperlukan daripada syarikat berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat itu mengenai perkara berkenaan sebelum ia dibawa ke Kabinet.

“Belum lagi (kelulusan) sebab kertas Kabinet belum naik, jadi perlu ada masa sebab kita perlu ada kertas cadangan terperinci daripada mereka (Ocean Infinity), baru kita boleh sediakan kertas Kabinet, Ogos naik (bawa) ke Kabinet,” katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dewan DSHAH dan Muafakat Memacu Gemilang di sebuah sekolah yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin di sini pada Jumaat.


Anthony Loke sebelum ini dilaporkan berkata, syarikat berkenaan telah menghantar kertas cadangan bersama dengan bukti dan maklumat terbaru untuk penelitian pihak berkaitan di bawah kementerian itu bagi memulakan pencarian pesawat MH370.

Baru-baru ini Association For Families of the Passengers and Crew on board MH370 dalam hantaran melalui laman Facebook mendedahkan Ocean Infinity telah menghantar kertas cadangan bagi menghidupkan semula pencarian itu kepada Loke.
Syarikat berkenaan antara lain mencadangkan supaya proses pencarian berkenaan dilakukan atas dasar No Find No Fee (tak jumpa tiada bayaran).

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang membawa 239 orang terdiri daripada 227 penumpang dan 12 kru, dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori