Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO : Kerajaan Pertimbang...

TUMPAT (Kelantan) - Hasil siasatan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji bayaran royalti...

Influenza A: Tiada Keperluan...

PUTRAJAYA - Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak...

Wanita Dipaksa Lakukan Seks...

SEORANG wanita bersama anak tiri lelakinya telah dihukum dengan undang-undang `rimba’ apabila dibogel...

Jenazah Kebakaran Tahfiz Dibawa...

KUALA LUMPUR - Jenazah mangsa korban kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di...

‘Muhammad Imran Suresh’ Dicari Bantu Siasatan Kes Faisal Disimbah Asid – KPN

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak kebangsaan yang juga tonggak Selangor FC, Faisal Halim, disimbah asid pada Ahad lalu sehingga mengalami kecederaan lecur tahap empat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi berkata individu terbabit dicari bagi membantu siasatan kerana mendakwa mempunyai maklumat mengenai dalang perbuatan terhadap Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu.

“Oleh itu, kita mahu mengesan individu berkenaan untuk melihat maklumat apa yang dia ada dan boleh membantu siasatan polis.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan, boleh tampil (membantu siasatan polis) dan bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dari pelbagai sudut, termasuk motif serangan.


“Kita masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk motif serangan. Kita juga sedang menyiasat sama ada suspek diupah orang tertentu.

“Justeru, kita mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna Instagram mendakwa dalam hantaran melalui media sosial bahawa dia dipanggil polis bagi membantu siasatan kes serangan asid ke atas Faisal, selain mempunyai maklumat mengenai suspek yang mendalangi kejadian itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori