Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Maskot Produk Makanan Popular...

PENGGUNAAN maskot merupakan salah satu daripada bentuk promosi dalam memasarkan produk lebih-lebih lagi...

Malaysia Tidak Akan Diheret...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan diheret ke dalam konflik yang telah dimulakan...

4 Kementerian Baharu Wujud...

KUALA LUMPUR - Empat kementerian baharu dalam senarai Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri...

“Mu Carilah Mayat Aku...

“SAYA ingat dia main-main, tak sangka perbalahan kecil sampai dia bertindak sebegitu,” kata...

Negara Kerugian RM277 Bilion Akibat Rasuah – Azam Baki

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan kerugian RM277 bilion bagi tempoh lima tahun berdasarkan anggaran kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat jenayah rasuah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, angka yang besar itu sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek terutamanya pelaksanaan projek sosial seperti baik pulih hospital dan sekolah.

“Kalau dibahagi lima, puratanya lebih kurang RM55 bilion setahun. Jadi jumlah ini yang kita semua perlu selamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini pada Selasa.

Menurut beliau, jumlah tersebut juga merupakan angka yang boleh selamatkan bukannya pendapatan negara.

“Kalau kita dapat selamatkan wang-wang begini ia akan dapat membahagiakan kita semua,” jelas Azam.

NACS 2024-2028 dilancarkan bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang berakhir pada Disember 2023.


Ia menggariskan lima strategi melibatkan aspek pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan selain ganjaran dan insentif.

Ditanya mengenai sasaran NACS, beliau optimis ia boleh dicapai dengan menggariskan strategi berkaitan terutama dalam skop pengoperasian dan penguatkuasaan.

Katanya, semua semua agensi, kementerian, jabatan kerajaan akan terlibat dalam sesi libat urus untuk melihat kepada pelbagai perkara tatakelola termasuk isu-isu reformasi undang-undang.

“Reformasi undang-undang ini perlu dilihat oleh semua jabatan kerana ia sebenarnya banyak melambatkan pembangunan negara berikutan banyak birokrasi,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori