Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Apa Nasib Negara Jika...

KUALA LUMPUR - 'Kita tidak pasti apakah akan terjadi kepada masa depan keharmonian...

Xperia Z4 Tablet Bakal...

SONY Xperia Z4 Tablet merupakan tablet terkini daripada Sony yang hadir dengan skrin bersaiz...

Saran Kerjasama Manfaat Pasaran...

TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta...

Jual Air Ketum Untuk...

KUALA LUMPUR - Penjualan atau pembelian air ketum walaupun untuk tujuan perubatan boleh...

Nyawa PM Slovakia Tidak Lagi Dalam Bahaya Selepas Cubaan Membunuhnya

BRATISLAVA: Nyawa Perdana Menteri Slovakia Robert Fico tidak lagi dalam bahaya berikutan cubaan membunuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Robert Kalinak, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Seorang lelaki bersenjata bersendirian menembak Fico empat kali dan beliau pada satu peringkat dikatakan bertarung untuk nyawanya.

“Kami boleh menganggap keadaannya stabil dengan prognosis positif,” katanya yang juga sekutu politik Fico yang paling rapat, kepada pemberita.

Seorang lelaki didakwa di mahkamah semalam, selepas menembak Fico empat kali ketika beliau menyapa penyokong selepas mesyuarat kerajaan di bandar tengah Handlova.

Beliau menjalani pembedahan selama lima jam pada Rabu dan satu lagi pada Jumaat di sebuah hospital di pusat bandar Banska Bystrica.

Kalinak berkata, Fico akan tinggal di Banska Bystrica buat masa ini.

Lelaki bersenjata yang disyaki, yang dikenal pasti oleh media Slovakia sebagai penyair, Juraj Cintula, 71, didakwa atas percubaan membunuh yang dirancang dan diperintahkan ditahan dalam perbicaraan semalam.


Percubaan pembunuhan itu menyerlahkan perpecahan politik yang teruk di negara di mana Fico yang, 59, memegang jawatan pada Oktober selepas parti populisnya yang berhaluan tengah memenangi pilihan raya umum.

Beliau sedang berkhidmat untuk penggal keempat sebagai Perdana Menteri selepas berkempen mengenai cadangan perdamaian antara Russia dan negara jiran Slovakia, Ukraine, dan menghentikan bantuan ketenteraan kepada Kyiv, yang dilakukan oleh kerajaannya.

Slovakia sudah berpecah secara mendadak berhubung politik sejak pembunuhan wartawan, Jan Kuciak dan tunangnya pada 2018, hingga mencetuskan protes di seluruh negara yang mengakibatkan peletakan jawatan Fico pada 2018.

Perpecahan semakin mendalam dengan wabak dan perang di Ukraine.

Berikutan serangan ke atas Fico, Presiden, Zuzana Caputova dan penggantinya, Peter Pellegrini, sekutu Fico yang mengambil alih pada Jun, cuba meredakan ketegangan.

Susulan cadangan Caputova dan Pellegrini, beberapa pihak menangguhkan kempen bagi pilihan raya Parlimen Eropah yang dijadualkan pada Jun.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori