Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Stadium Shah Alam Dirobohkan...

SHAH ALAM : Stadium Shah Alam yang bakal digantikan dengan Kompleks Sukan Shah...

Tuas Pelabuhan Baharu Singapura...

SINGAPURA - Akhirnya apa yang dibimbangi bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir...

Hairul Azreen Terkilan Majlis...

PELAKON Hairul Azreen Idris yang sah menjadi suami kepada Hanis Zalikha Zainal Rashid...

Perbicaraan Kes Rogol Paul...

IPOH - Prosiding bicara kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Exco Kerajaan...

Pasangan Bawa Anak Pakai Alat Pernafasan Dengan Motosikal Hilangkan Diri

ALOR SETAR : Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru ini, dipercayai sudah menghilangkan diri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pihak media cuba menghubungi mereka, namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan, malah turut mematikan talian.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim, berkata pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu, namun didapati dia gagal dikesan.

Beliau berkata, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri dengan dipantau jiran berhampiran.

“Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.


“Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Hazamer berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikahkan mereka tetapi perlu menyediakan dokumen lengkap sebelum melaksanakannya.

Media pada 9 Jun tahun 2016 pernah menyiarkan kisah wanita berusia 35 tahun itu bersama anak lelaki ketiganya yang ketika itu berusia lapan bulan yang menghidap pneumonia, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) dan asma.

Bagaimanapun, kisah wanita itu ditular semula Ahad lalu selepas dia dan pasangannya membawa anak mereka yang menghidap paru-paru kronik dengan memakai alat pernafasan menaiki motosikal ke hospital.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori