Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Caruman KWSP, Perkeso Artis...

Kuala Lumpur : Isu membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan...

Bajet Alternatif Pembangkang Tidak...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Beg Merah Rahsia Lee...

SINGAPURA - Beg Merah yang pernah digunakan oleh perdana menteri pertama Singapura, mendiang...

MARA Perlu Kekal Satu...

SHAH ALAM – Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu terus kekal sebagai satu entiti...

Pecah Masuk Rumah Khuzaimi: Polis Kesan 2 Suspek, Kerugian RM15,000

Shah Alam : Dua suspek dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian itu pada 11.30 malam tadi.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kenderaan MPV warna putih dan melarikan motosikal Yamaha Y15R seperti mana ditularkan.

“Hasil siasatan setakat ini dua suspek lelaki yang terbabit. Ketika balik seorang suspek menunggang motosikal dan seorang lagi membawa MPV.

“Ketika kejadian mangsa dan ahli keluarga tiada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, nilai kerugian adalah RM15,000 dan siasatan mendapati tiada kehilangan wang tunai serta barang berharga lain


Beliau turut menafikan kejadian itu ada kaitan dengan kes yang menimpa tiga pemain bola sepak lain sebelum ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne di talian 014-6907071,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Khuzaimi Piee berkongsi dan memuatnaik beberapa gambar di Instagram miliknya termasuk kenderaan polis berada di hadapan rumahnya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori