Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bajet 2022 Kekal Bercirikan...

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 akan kekal bercirikan pengembangan dan berkonsepkan sebagai belanjawan...

Fenomena ‘Terbang’ Guna Barang...

SATU cabaran media sosial yang menyaksikan barang-barang kegunaan harian digunakan untuk mendapatkan rakaman...

Taylor Swift Derma RM1...

PENYANYI Taylor Swift menderma sebanyak RM1.05 juta (AS$250,000) dalam menyatakan sokongannya terhadap rakan...

Amar Asyraf Bosan Dengan...

PELAKON Amar Asyraf memberitahu dirinya kini sudah bosan dengan industri seni tempatan kerana...

Pemandu Langgar Atlet Kayak Didapati Positif Alkohol

Johor Bahru : Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini, Sabtu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi sebelum dirempuh kereta dipandu suspek dari arah belakang pada 4.30 petang.

Beliau berkata, kereta suspek dari arah belakang mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa.

Menurutnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa kini dirawat di hospital di Iskandar Puteri.

“Polis sudah menahan pemandu lelaki itu.

“Ujian saringan pernafasan ke atas pemandu yang berusia 30-an mendapatinya positif alkohol manakala ujian air kencing pula bebas daripada sebarang pengaruh dadah.


“Siasatan mendapati suspek memiliki tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Raub berkata, lelaki berkenaan ditahan selama 24 jam untuk siasatan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.

“Pihak polis memohon saksi yang melihat kejadian tersebut agar tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014 6977122,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori