Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Rentung Kereta Meletup,...

JITRA - Seorang pemandu Nissan Sentra rentung apabila kereta dipandunya mengalami letupan dan...

Polis Tahan 4 Beradik...

ALOR SETAR - Polis menahan empat beradik yang dipercayai terlibat dalam kes samun...

Demi Jaga Hati Terpaksalah...

Mungkin namanya belum mampu untuk duduk sebaris dengan bintang seperti Tasha Shila ataupun...

Hembus Asap Vape Melalui...

TIDAK dinafikan, rokok elektronik atau vape merupakan salah satu peranti yang efektif untuk...

Pemangku Sultan Johor Nafi Jadi Dalang, Seru Semua Pihak Bersatu Melawan Keganasan

KUALA LUMPUR : Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyindir pihak tertentu yang mengaitkan dirinya dengan insiden yang melanda negara ketika ini terutama membabitkan beberapa pemain bola sepak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu diluahkan Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman Instagram, hari ini.

Sebaliknya, Tunku Mahkota Ismail menolak sekeras-kerasnya insiden itu dan menyeru semua pihak untuk bersatu hati melawan sebarang bentuk keganasan.

“Akhyar (Rashid) kena samun, Faisal (Halim) kena (simbah) asid, Safiq (Rahim) kereta kena pecah, Siti Nur Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa bom di rumah semalam, Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak.

“Semua ini kerja TMJ, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), polis dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.


“Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti “stop violence in football”. #InisemuasalahTMJ,” tulis Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, pelbagai spekulasi dimainkan pihak tidak bertanggungjawab susulan insiden Akhyar yang beraksi bersama pasukan Terengganu FC (TFC) disamun dan dipukul.

Malah, spekulasi terus dimainkan selepas insiden malang menimpa Faisal yang mana pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbah asid di pusat beli belah, 5 Mei lalu.

Insiden membabitkan pemain bola sepak menimpa Safiq pula apabila pemain JDT itu diserang dengan cermin keretanya dipecahkan individu tidak dikenali.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori