Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen Tahan 163 Pati...

JOHOR BAHARU - Jabatan Imigresen Johor menahan 163 pendatang asing tanpa izin dalam...

Rancakkan Pasaran Pelaburan Mampan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus merancakkan pasaran pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI)...

‘Zero To Hero’ Pembimbing...

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia...

Ramai Terkejut Abang Kacak...

SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi...

Pemuda Mengaku Amang Seksual Terhadap Pelajar Di Hotel

Muar : Bekas pekerja kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah hotel, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh Muhammad Shahrun Nizam, 19, mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Sungai Abong, di sini, pada 5.30 pagi, 23 Mei lalu.

Dia dakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu pihak pendakwaan memberitahu mahkamah untuk tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan adalah serius.

“Bagaimanapun, terpulang kepada mahkamah menggunakan budi bicara sekiranya membenarkan tertuduh diikat jamin.

“Jika mahkamah membenarkan, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM30,000 bagi setiap pertuduhan,” hujahnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 2 Julai ini untuk laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain fakta dan juga hukuman.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori