Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

26 Ekor Lipas Bersarang...

Ewww jijik dan geli. Itu perasaan sesetengah orang apabila melihat lipas di dalam...

Pengangkutan Kargo Kereta Api...

BANGKOK - Usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia-Thailand dapat dicapai jika kedua-dua...

Pemuda UMNO Perlis Cadang...

KANGAR - Pergerakan Pemuda UMNO Perlis hari ini mencadangkan Majlis Kerja Tertinggi mempertimbangkan...

Volvo Family Bond Gives...

Volvo Cars Family Bond Gives All Employees 24 Weeks Paid Parental Leave

Pengundian Awal PRK KKB Rekod 90 Peratus Setakat Jam 1 Tengah Hari – SPR

HULU SELANGOR – Peratusan pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mencatatkan sebanyak 90 peratus setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Proses pengundian bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu di situ melibatkan dua pusat mengundi awal iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine, yang dibuka serentak 8 pagi tadi dan akan tamat pada jam 5 petang ini.

Proses pengundian awal itu yang melibatkan seramai 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan, berlangsung dalam keadaan cuaca baik.

PRK yang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.


DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori