Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit, Rabu lalu, diberkas malam tadi.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Suspek warga tempatan berusia 25 tahun diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, tangkapan dilakukan jam 8.10 malam di tepi jalan Taman Motou, Jalan Masak, Keningau.
“Suspek mengaku terbabit dalam kes samun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut menggunakan pisau kecil berupa kerambit.
“Suspek juga adalah penjenayah yang tegar dan terbabit dalam kegiatan dadah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azmi berkata, pasukan operasi turut merampas sebuah motosikal, kerambit, beg, dua telefon bimbit serta pakaian suspek.
Katanya, tangkapan itu berjaya menyelesaikan satu kes samun berkenaan.
“Dalam kejadian samun itu, suspek memakai topi keledar dan bersenjatakan sebilah pisau berupa kerambit.
“Suspek kemudian mengacukan kerambit ke arah pemilik kedai runcit berusia 69 tahun dan terus mengambil barang milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal warna biru gelap,” katanya.
Menurutnya, suspek yang positif dadah jenis syabu dibawa ke Balai Polis Keningau untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
-Harian Metro
obviously like your website but you need to test the spelling on quite a few of your posts Several of them are rife with spelling problems and I to find it very troublesome to inform the reality on the other hand Ill certainly come back again
I loved as much as you will receive carried out right here The sketch is attractive your authored material stylish nonetheless you command get got an impatience over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike