Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 181.6 Juta Kes...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 181.6 juta.Ia...

BR1M Akan Diagihkan Bermula...

KUALA LUMPUR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira...

Perbicaraan Kes Hasanah Ditetapkan...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 hari bermula...

Agong Persembahkan DK Pahang...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

Perincian Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025 Oktober Ini

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perincian kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan Belanjawan 2025, dijangka Oktober ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata pengumuman mengenai pelarasan gaji yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

“Kita dengar pengumuman yang sangat positif bagaimana sebelum ini kajian semula Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dibuat untuk penjawat awam. Kali terakhir (peningkatan gaji) adalah sekitar 13 peratus.

“Tetapi menjadi komitmen Kerajaan Madani, (peningkatan gaji) adalah lebih tinggi daripada itu. Pada masa sama, Perdana Menteri turut memberikan komitmen kepada pekerja swasta mengenai dasar gaji progresif membabitkan 1,000 syarikat tempatan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta oleh Kementerian Ekonomi bermula Jun ini,” katanya selepas Sambutan Hari Pekerja 2024, hari ini.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, berikutan pengumuman dibuat Perdana Menteri itu, tahun ini akan menyaksikan peningkatan gaji dalam sektor kerajaan dan swasta yang agak tinggi.

Sementara itu, beliau berkata, apa yang diumumkan ini tidak dapat dilaksanakan tanpa perjuangan 16.5 juta pekerja di negara ini untuk membanteras rasuah.

“Kerana duit yang dapat diselamatkan itu seharusnya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk gaji yang lebih baik atau elaun lebih tinggi. Inilah apa yang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang,” katanya.

-Berita Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori