Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Premis Makanan Dinasihat Henti...

KUALA LUMPUR - Pengusaha kedai makan di kawasan bandar diminta supaya tidak menggajikan...

Bapa Kesal Spekulasi Mia...

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Sara Nasuha, 13, dimasukkan ke sebuah hospital swasta...

Ulama Malaysia Meninggal Dunia...

MALAYSIA kehilangan seorang pakar ilmu fiqh selepas Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani menghembuskan...

Perogol 21 Kucing Dicekup...

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor...

Peruntukan Kepada Sabah Melebihi Tuntutan 40 Peratus – PM

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan kepada Sabah meningkat hingga melebihi tuntutan hasil 40 peratus kerajaan negeri sejak beliau mengetuai Kerajaan Perpaduan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kata Anwar, pada tahun ini saja, RM16 bilion diberikan kepada Sabah berbanding peruntukan RM12.9 bilion diberikan kerajaan sebelum ini pada 2022.

Bagaimanapun, kata beliau, isu 40 peratus tetap akan diatasi melalui muafakat semua pihak di negeri ini dengan Kerajaan Persekutuan.

“Sejak saya jadi Perdana Menteri berbanding sebelumnya iaitu pada tahun 2022, peruntukan keseluruhan Sabah ialah RM12.9. Jika dibandingkan pada 2024, saya tambah menjadi RM16 bilion untuk Sabah.

“Jadi orang yang menyerang kita harus ingat, betul isu 40 peratus belum diputuskan tetapi RM16 bilion ini jauh melepasi 40 peratus itu.

“Boleh buat tuntutan, tapi jangan nafikan itu kerana bila dengar RM16 bilion memang senang. Tapi apabila saya ke Pulau Pinang, Pahang, Johor, mereka juga akan tanya.

“Saya boleh jawab ini soal infrastruktur, tapi saya nak tekankan kita perlu satu hati, perlu muafakat untuk kita atasi secara berperingkat.


“Saya baru setengah tahun jadi Perdana Menteri, dalam setengah tahun ini saya sudah naikkan peruntukan,” katanya pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024, di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, hari ini.

Perdana Menteri menekankan, beliau tidak mahu tuntutan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tertangguh lagi dan menyerahkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menyelesaikannya segera.

Kata Anwar, beliau juga sentiasa mengambil peluang bertanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berhubung perkara itu setiap kali mesyuarat Kabinet.

Anwar berkata, perhatiannya kepada Sabah dan Sarawak menyebabkan ada pihak di Semenanjung menuduh beliau melebihkan kedua-dua negeri itu.

“Semalam, Pulau Pinang pula minta 20 peratus, jadi sentimen ini ada dan kita melihat perkara ini dan runding dengan baik, saya tidak anggap ini menyusahkan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori