Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MP Julau, Keluarga Tahanan...

AHLI Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dijadual berlepas ke Kemboja pada Rabu...

PRU15: Najib Minta Jentera...

JOHOR BAHRU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jentera...

48 Maut, 67 Cedera...

KABUL - Serangan pengebom nekad di Kabul, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang,...

Pencipta Kapal Selam Denmark...

COPENHAGEN - Pencipta kapal selam Denmark, Peter Madsen, yang mengaku mengerat mayat seorang...

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

PUTRAJAYA : Selepas berjaya menarik minat gergasi teknologi, Microsoft melabur AS$2.2 bilion (RM10.5) di negara ini minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan misi menarik pelaburan asing dengan mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama sebuah lagi syarikat gergasi iaitu Google, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mendedahkan perincian mesyuarat berkenaan.

Sebaliknya, beliau menegaskan Malaysia kini terus menjadi destinasi pilihan pelabur asing berdasarkan kestabilan politik, dasar yang jelas serta kecekapan penjawat awam dan syarikat kerajaan.

“Yang kita (kerajaan) fokus adalah pertumbuhan ekonomi, saya nampak memang ada minat pelabur asing semasa di (lawatan) Jerman dulu, minggu lalu Microsoft, sebentar lagi saya akan bicara online (dalam talian) dengan Google,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pelaburan baharu oleh Microsoft yang sudah bertapak di Malaysia sejak 32 tahun lalu, diumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Putrajaya pada Khamis lalu.

Satya memaklumkan, Microsoft bersetuju menambah pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) itu dalam tempoh empat tahun mendatang.


“Pelaburan ini meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awan (cloud system) dan kecerdasan buatan (AI), pewujudan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang, penubuhan satu Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, berkongsi mengenai lawatan rasmi ke Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini, Anwar berkata, negara berkenaan memberi komitmen pelaburan di Malaysia menerusi sektor tenaga boleh diperbaharui.

Selain itu, beliau turut memuji kecekapan Arab Saudi yang menyegerakan kelulusan pelaburan.

“Dari segi perubahan kecekapan, Arab Saudi yang dahulunya antara negara yang lembab tetapi pada perjumpaan baru-baru ini dengan syarikat ACWA sekitar jam 9 ke 9.30 pagi bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pegawai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), mereka memberitahu minat mereka (untuk melabur).

“Pada jam 8 malam mereka terus memberikan lampu hijau kepada kita untuk teruskan pelaburan terbabit,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kepantasan kelulusan terbabit menyebabkan negara berkenaan boleh melonjak lebih tinggi.

“Sebab itu saya nak gesa rakan-rakan, syarikat kerajaan dan penjawat awam supaya faham akan hal ini,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori