Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Orang Asli Kuala Koh:...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyifatkan krisis kesihatan yang dihadapi masyarakat Orang Asli...

PRK Chempaka: 1,020 Pegawai,...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menempatkan sejumlah 1,020 pegawai dan anggota bagi mengawal...

Tak Mengaku Sebabkan Kematian...

SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini atas tiga...

Rafizi Serah Bukti Esok,...

SETIAUSAHA Agung PKR, Rafizi Ramli akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan...

Polis Belum Rakam Keterangan Kolumnis Dakwa UiTM Amal ‘Apartheid’

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini berikutan keadaan Andrew yang tidak mengizinkan kerana sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata keterangan lelaki itu belum dapat diambil kerana dia sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) selepas menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman pada 2 April lalu.

“Bagaimanapun, pihak polis akan mengambil keterangan daripada wakil sebuah portal berita tempatan pada jam 10 pagi esok,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis setakat ini membabitkan isu berkenaan di seluruh negara.

Kelmarin, Razarudin mengesahkan polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Andrew, 57, berhubung penulisannya itu, selepas 14 laporan polis diterima berkenaan penulisan kolumnis itu.

Laporan pertama diterima daripada ketua penerangan sebuah parti politik berusia 37 tahun petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


Pengadu menyedari artikel bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang dimuat naik di sebuah portal berita ketika berada di sebuah hotel.

Andrew memberi komen berkenaan protes oleh pelajar Bumiputera ke atas beberapa pelajar bukan Bumiputra yang diterima masuk bagi jurusan pembedahan kardiotorasik di UiTM.

Semakan mendapati artikel itu disiarkan di sebuah berita pada 22 Mei lalu jam 10.30 pagi.

Polis juga akan memohon profiling dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan butiran kolumnis berkenaan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori