Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Ini Sanggup...

DI KALA nilai matawang negara sedang tak menentu, seorang lelaki sanggup menghabiskan RM17,000...

Atlit Olimpik England Bogel,...

LIMA pemain dari pasukan ragbi wanita England yang bakal menyertai kejohanan sukan terbesar...

Muncul Di Majlis Pemuda...

RAMAI tahu, segelintir selebriti tempatan beralih arah dengan terjun ke arena politik antaranya...

“Nampak Bra Pink, Bukan...

SUSULAN dikecam netizen baru-baru ini berikutan berpakaian menampakkan lurah dan perut, terkini penyanyi...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota kumpulan terancang atau militan yang pernah ditahan sebelum ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pangkalan data dan pengalaman menguruskan insiden seperti itu.

“Saya nak yakinkan (masyarakat), polis ada pangkalan data lengkap sejak 217 tahun penubuhan polis. Pangkalan data itu memadai untuk kita uruskan insiden begini (serangan Balai Polis Ulu Tiram).

“PDRM juga sentiasa memastikan proses rehabilitasi golongan itu berjalan sekali gus tidak menjadi ancaman kepada masyarakat.

“Kita ada latar belakang (bekas anggota) yang dulu pernah terbabit dengan kegiatan (militan), ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kemudian dilepaskan. Polis ada pendekatan bagi memantau mereka,” katanya pada sidang akhbar di IPK Johor pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Dalam pada itu, Saifuddin meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berlebihan terhadap insiden yang berlaku di Balai Polis Tiram pada pagi Jumaat.


“Kita jangan (membuat spekulasi) berlebihan. Serangan Balai Polis Ulu Tiram dilakukan suspek bersendirian. Don’t go beyond that point (ancaman militan termasuk Jemaah Islamiyah).

Ketika ditanya mengenai sama ada siasatan akan diperluaskan kerana dikhuatiri membabitkan rangkaian militan antarabangsa, Saifuddin menjelaskan siasatan membabitkan insiden di Balai Polis Ulu Tiram sahaja.

“Kita tak berhasrat berbuat begitu. Skop siasatan hanya membabitkan insiden berkenaan,” ujarnya.

Dalam kejadian pagi Jumaat, dua anggota polis terkorban manakala seorang lagi cedera parah dalam serangan membabitkan suspek lelaki yang menceroboh masuk ke dalam Balai Polis Ulu Tiram, di Johor Bahru.

Pada Jumaat, media melaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, dipercayai dilakukan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang dipercayai berusia 21 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori