Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KPM Nafi Beri Kebenaran...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

‘Despacito Raya’ Shabery Dapat...

KUALA LUMPUR - Klip video ‘Despacito Raya’ yang menampilkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri...

Wanita Bakar Beg Berjenama,...

TIDAK dapat mengikut rentak dan arus kehidupan mewah yang dijalani suami dan keluarga...

Cadangan Bawa Gajet Ke...

IPOH - Kementerian Pendidikan akan mengkaji secara terperinci cadangan untuk mewujudkan polisi bagi...

Polis Tingkat Keselamatan Aksi Piala Sumbangsih – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan persediaan polis dalam mempertingkat tahap keselamatan menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2024 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurutnya, seperti yang dinyatakan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar persediaan keselamatan telah dilakukan oleh pegawai dan anggota polis.

“Keanggotaan diatur dengan begitu ramai dan rapi bagi memastikan keselamatan keseluruhan semua pihak termasuk pemain dan peminat,” katanya pada Rabu.

Mengulas mengenai adakah perlawanan itu akan ditangguh, Razarudin menjelaskan perkara itu terletak di bawah keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan percaya keselamatan semua pihak akan terjamin.


Pada Selasa, M Kumar berkata, seramai 1,500 anggota polis akan dikerah bertugas bagi memastikan keselamatan perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu berada pada tahap tertinggi.

Sebelum itu, Selangor FC telah menghantar permohonan secara rasmi kepada MFL agar mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih 2024/2025 melibatkan pasukan itu dan JDT.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori