HULU SELANGOR: Sebuah premis makanan di Hulu Bernam, di sini diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor, semalam.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Pemeriksaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada jam 3.30 petang turut mengesan lipas di premis terbabit.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa kesalahan dan perlanggaran peraturan berkaitan kebersihan di bawah piawaiannya.
“Tindakan penguatkuasaan sudah diambil terhadap pemilik premis makanan iaitu Notis Penutupan selama 14 hari di bawah UUK 62,UUK Establisymen Makanan (MPHS) 2007,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Sehubungan itu, penduduk daerah ini disaran supaya memilih premis makanan yang mencapai Gred Bersih ‘A’ hasil dari penilaian.
“Ini bertujuan menghindari penyakit berjangkit bawaan makanan seperti keracunan makanan dan lain-lain,” katanya.
BHonline-
Thanks I have just been looking for information about this subject for a long time and yours is the best Ive discovered till now However what in regards to the bottom line Are you certain in regards to the supply