Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MRT: Bukti Kerajaan Tunai...

KUALA LUMPUR - Kejayaan kerajaan dalam melaksanakan jaringan sistem pengangkutan yang baik seperti...

Hati-Hati Strategi PH Pancing...

Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati dengan gerak kerja agresif Pakatan Harapan (PH) sedang...

Mukhriz Tidak Layak Jadi...

JITRA – Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum menyifatkan tindakan...

Minggu Solidariti Palestin Raih...

KUALA LUMPUR : Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan...

Presiden Iran Ebrahim Raisi Disahkan Maut Dalam Nahas Helikopter

DUBAI : Presiden Iran Ebrahim Raisi disahkan maut oleh pegawai kerajaan negara itu dalam nahas helikopter yang terhempas di kawasan berbukit berhampiran sempadan Azerbaijan, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut laporan media tempatan, helikopter membawa Ebrahim, Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian dan beberapa lagi yang terhempas semalam itu selepas misi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dalam keadaan ribut salji, awal pagi tadi.

Pegawai yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, Ebrahim, Hossein dan semua penumpang lain maut dalam nahas terbabit.

Berita kematian beliau kemudian disahkan menerusi kenyataan Naib Presiden, Mohsen Mansouri, yang disiarkan di laman sosial dan media tempatan.

Stesen televisyen negara itu menyiarkan gambar lokasi, menunjukkan pesawat terbabit terhempas di puncak gunung walaupun tiada kenyataan rasmi menjelaskan punca kejadian.

Agensi berita Iran, IRNA, melaporkan ketika kejadian, Ebrahim menaiki helikopter Bell 212 keluaran Amerika Syarikat (AS).

Ebrahim, 63, dilantik sebagai Presiden pada 2021 dan sejak itu, beliau memperkukuhkan undang-undang moral, selain mengawasi penindasan terhadap protes anti-kerajaan dan mengadakan siri perbincangan mengenai nuklear dengan kuasa dunia.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang memegang kuasa tertinggi dengan kuasa akhir dalam dasar luar dan program nuklear Iran, sebelum ini cuba menenangkan rakyat negara itu dengan menyatakan tidak akan ada gangguan dalam urusan negara.


Pasukan penyelamat mengharungi ribut salji dan perjalanan sukar sepanjang malam untuk sampai ke lokasi nahas helikopter di wilayah Azerbaijan Timur pada awal pagi Isnin.

“Kami dapat melihat bangkai pesawat dan keadaan tidak kelihatan baik, tiada tanda-tanda kehidupan dikesan dalam kalangan penumpang helikopter itu,” kata ketua Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Kolivand, kepada TV kerajaan

Pada awal pagi tadi, pasukan penyelamat yang memakai jaket terang dan lampu suluh di kepala dilihat berkerumun di sekeliling peranti GPS ketika mereka mencari di lereng gunung yang gelap gelita dengan berjalan kaki dalam ribut salji.

“Kami sedang mencari dengan teliti setiap inci kawasan umum nahas, di mana cuacanya sangat sejuk, hujan dan berkabus, dengan hujan beransur-ansur bertukar menjadi salji,” lapor media kerajaan memetik seorang komander tentera wilayah.

Sebuah dron Turkiye mengenal pasti punca haba yang disyaki serpihan helikopter itu dan berkongsi koordinat tapak kemungkinan nahas dengan pihak berkuasa Iran, kata agensi berita Anadolu sebelum ini di X.

Terdahulu, penyiar kebangsaan negara menghentikan semua rancangan biasa untuk menyiarkan upacara bacaan doa diadakan untuk Ebrahim di seluruh negara.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori