Kuala Pilah : Remaja perempuan mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan aktiviti persundalan.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Tertuduh berusia 19 tahun yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti, yang kemudian menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes bagi meneliti laporan sosial dan jatuh hukum.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didapati mencari pelanggan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Gemas pada 2.30 petang, 3 Mei lalu dan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-Harian Metro