Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Haha! Tersilap Taip, Gadis...

KITA faham kegembiraan sesetengah orang muda yang teruja untuk membayar kewajipan berzakat di...

Isteri Allahyarham Fadi Balik...

KUALA LUMPUR – Berikutan insiden pembunuhan pensyarah dan imam warga Palestin, Dr. Fadi...

Jangan Bersedih: Ingat Hamzah,...

BANYAK kesedihan yang melanda umat Islam hari ini. Setelah berduka dengan isu Perang...

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan...

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat...

RM8 Bilion Subsidi Elektrik, Diesel Diselamatkan – PM

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan ketika ini dan penyelarasan tarif elektrik pada tahun lalu menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan dalam tempoh setahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, penyelarasan tarif elektrik yang diperkenalkan pada tahun lalu berjaya menyelamatkan kira-kira RM4.5 bilion wang kerajaan, manakala RM4 bilion melalui penyasaran subsidi diesel.

“Penyelarasan tarif elektrik yang kita perkenalkan tahun lalu, kita dapat menyelamatkan RM4.5 bilion, manakala dari penyasaran subsidi diesel untuk satu tahun kita selamatkan RM4 bilion.

“Selama ini, RM8 bilion subsidi kita bayar kepada orang maha kaya dan orang asing…saya sebut ini kerana ini dijadikan isu politik setengah pihak. Apa erti subsidi diberi kepada orang asing dan maha kaya,” katanya.

Perdana Menteri juga menekankan bahawa pengecualian Sabah dan Sarawak daripada penyasaran subsidi diesel bukan disebabkan permintaan kerajaan kedua-dua negeri, tetapi berdasarkan keperluan rakyatnya.


“Penyasaran subsidi diesel maknanya kita beri subsidi kepada rakyat, jangan beri subsidi kepada orang asing yang tak bayar cukai, jangan beri kepada yang maha kaya, industri yang untung juta.

“Sebab itu kita sebut penyasaran subsidi supaya yang kaya dan orang asing tidak diberi subsidi dan atas sebab itu juga kita tidak kenakan di Sabah dan Sarawak.

“Bukan sebab Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor minta, tapi sebab kita ambil kira keperluan rakyat. Ini dasar kita, kita tidak pilih kasih…ada kata kenapa pilih kasih kerana takut politik, tidak, ini keperluan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, baucer buku RM100 kepada murid, pelajar dan penuntut yang diumumkannya semalam, terpakai di seluruh negara.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori