Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aidil Zafuan Sokong Rita...

PETALING JAYA - Bintang bola sepak Aidil Zafuan berkata, adalah wajar untuk Rita...

Kluster Benteng LD: 64...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 Kluster Benteng LD merekodkan 64 kes membabitkan banduan,...

Sebak Urus Jenazah Bayi...

PETALING JAYA – Menguruskan bayi lelaki berusia 38 minggu yang meninggal dunia akibat...

Mahkamah: 2 Didakwa Culik...

KUANTAN - Dua lelaki dipercayai anggota kumpulan jenayah terancang dihadapkan di Mahkamah Majistret...

Selangor FC Sedia Terima Sebarang Kemungkinan

SELANGOR FC (SFC) terbuka menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal mereka tanggung selepas memutuskan untuk tidak menyertai saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, keputusan yang mereka buat itu bukan mudah, sebaliknya diambil selepas perbincangan bersama semua pemegang taruh pasukan tersebut.

“Kami bersedia untuk berdepan apa sahaja kesan yang bakal timbul susulan keputusan SFC ini. Perbincangan dibuat dengan pelbagai pihak dan keputusan itu diambil selepas pertimbangan wajar dan penelitian pelbagai faktor.

“Malah langkah ini juga mendapat sokongan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Penaung SFC. Semua pihak mengambil maklum kenyataan itu dan baginda bertitah ini bukan sahaja aspek keselamatan tetapi membabitkan moral pasukan.

“Ia sudah terjejas susulan serangan asid ke atas pemain sayap kami, Faisal Halim,” ujar Shahril.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis mengesahkan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan SFC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan susulan keputusan SFC untuk tidak hadir menyertai perlawanan tersebut.


Susulan itu, badan pengendali liga tersebut mengumumkan skuad Harimau Selatan turut mendapat tiga mata pertama bagi musim 2024/25 sekali gus Piala Sumbangsih kekal di Johor.

MFL bagaimanapun memaklumkan perkara lain berkaitan penarikan diri SFC itu akan diputuskan selepas mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Keputusan SFC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekali gus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super (LS1).

“Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan MFL.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori