Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Boeing Hantar Pesawat 737-700...

KUALA LUMPUR - Pembuat kapal terbang iaitu Boeing telah menghantar pesawat 737-700 yang...

‘Karen’ Dikompaun RM3,000

KUALA LUMPUR - Wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan kerana dihalang masuk ke...

Mahathir Harap Dapat Cari...

PUTRAJAYA - Malaysia cuba mencari negara lain yang sanggup menerima pemimpin pembangkang Kemboja...

Harap Hubungan Malaysia-Thailand Terus...

KUALA LUMPUR - Malaysia berharap hubungan baik dengan Thailand sepanjang negara itu berada...

Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Isu Syarikat Suami Hannah Yeoh – PM

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, jika ada laporan yang dibuat, maka biar pihak berkuasa lakukan siasatan.

“Yang ini serah pada pihak berkuasa, jika mereka ada (terima) laporan, ia seharusnya disiasat dengan telus,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di sini, hari ini.

Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze Han, menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT.

Kedua-dua syarikat itu juga sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility ialah suami Hannah, Ramachandran Muniandy.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tidak mengesan sebarang percanggahan kepentingan dalam pemberian kontrak DRT oleh kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Hannah itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata berdasarkan pemerhatiannya dalam pemberitaan di media, projek berkenaan diberikan oleh entiti lain yang tidak mempunyai kena mengena dengan Hannah.


“Saya hari ini tidak mengetahui lanjut mengenai kes itu, tetapi apa yang ingin saya katakan sekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan) ia bukanlah satu kesalahan.

“Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan antara kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Tetapi ia berlainan sekiranya KBS yang memberi kontrak itu kepada syarikat berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Asia Mobility mempertahankan pembabitannya dalam perkhidmatan DRT itu, dengan menyatakan bahawa hanya dua syarikat di negara ini layak untuk menyediakan perkhidmatan yang diberikannya.

Dalam satu kenyataan, Asia Mobility berkata, tender terbuka dalam proses pelantikan bagi program Mobility Selangor, ‘perkhidmatan baharu yang sangat khusus’, akan mewujudkan monopoli di negeri itu.

“Ini akan membantutkan daya saing dan merampas peluang untuk merintis perkhidmatan dalam persekitaran dunia sebenar dan menilai prestasi penyedia perkhidmatan dalam tempoh masa yang munasabah,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori