NEW DELHI – Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Difahamkan, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) ditemani anaknya, Suhana dan Abram.
Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Narmada Hotel, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.
Shah Rukh Khan diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu mencecah 45.2 darjah Celsius pada Selasa lalu dan 45.9 darjah Celsius pada keesokannya.
Bagaimanapun, aktor itu dilaporkan semakin stabil.
“Shah Rukh Khan tidak berapa sihat kelmarin, selepas beliau dirawat kini keadaannya sangat baik.
“Beliau juga nanti akan turun menyaksikan perlawanan akhir kriket yang dijadualkan pada 26 Mei ini, yang pastinya akan menceriakan pasukan,” katanya kepada News18.
-Sinar Harian