Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Paip Pecah: Pancutan Air...

SEPANG - Insiden paip air pecah berhampiran tapak pembinaan loji rawatan air Semenyih...

PAT Positif PH Utama...

KOTA KINABALU - Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal...

Polis Buru Suspek Kes...

JOHOR BAHRU - Polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan seorang suspek yang dipercayai...

JPN Hantar Bas, 200...

PUTRAJAYA - Sebuah bas Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berlepas ke Pantai...

Sijil Cuti Sakit Di Hospital Tangkak Hilang

Johor Bahru : Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan penambahbaikan segera supaya kejadian kehilangan sijil cuti sakit seperti yang berlaku di Hospital Tangkak, baru-baru ini, tidak berulang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata, pihaknya turut membuat laporan polis bagi mengelakkan penyalahgunaan sijil cuti sakit yang hilang itu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kita mengambil maklum berkaitan isu tular di laman media sosial dan akhbar berhubung kehilangan sijil cuti sakit Hospital Tangkak.

“Kita mengesahkan kehilangan sehelai sijil cuti sakit dengan nombor siri HTGKF 896400 di Hospital Tangkak dan laporan polis sudah dibuat bagi mengelakkan penyalahgunaan sijil ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pihak pengurusan Hospital Tangkak sedang menjalankan siasatan berkaitan insiden ini dan tindakan susulan selepas kehilangan itu dilaksanakan mengikut tatacara seperti mana termaktub dalam arahan perbendaharaan.

“Berikutan insiden ini, tindakan penambahbaikan segera juga sudah dilakukan supaya kejadian sama tidak akan berulang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, Dr Mohtar menasihatkan orang ramai supaya melaporkan kepada JKNJ sekiranya ada menerima sijil cuti sakit dengan nombor siri berkenaan.

Kelmarin, satu notis pemakluman dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Tangkak berhubung kehilangan sijil cuti sakit milik hospital berkenaan.

Notis pemakluman yang dimuat naik di Facebook Hospital Tangkak ‘Official’ itu kemudian dikongsi dan tular.

Turut dimaklumkan, sijil cuti sakit dengan nombor siri terbabit tidak sah diguna pakai.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori