Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gunakan Sepenuhnya Hak Anda...

LABUAN - Isu kenaikan harga barang boleh diselesaikan sekiranya orang ramai menggunakan sepenuhnya...

Tak Takut Tindak Balas...

PUTRAJAYA - Malaysia sudah menjangkakan bantahan China terhadap penghujahan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu...

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan...

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak permohonan jaminan dua individu...

Swaziland Tawar Bayaran RM58...

Swaziland – Berita baik kepada gadis di Swaziland. Mereka akan dibayar kira-kira RM58...

Syahid Akhirat Buat 2 Anggota Terkorban Serangan Balai Polis Ulu Tiram

JOHOR BAHRU – Kematian dua anggota polis dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, diputuskan sebagai syahid akhirat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi mesyuarat khas pada Jumaat yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

“Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengklasifikasikan kematian anggota polis sebagai kematian Fi Sabilillah, iaitu kematian di jalan ALLAH SWT kerana kematiannya menjaga dan mempertahankan keselamatan kepentingan negara.

“Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa jenazah kedua-dua anggota polis yang terkorban dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram sebagai syahid akhirat.

“Maka pengurusan jenazah Allahyarham kedua-dua anggota polis berkenaan perlu disempurnakan dengan melengkapkan empat rukun tahjiz jenazah, iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohd Fared, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor turut menzahirkan rasa dukacita dan sedih di atas peristiwa yang menimpa terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan.

“Ahli Jawatankuasa Fatwa juga mendoakan roh kedua-dua anggota ini dicucuri rahmat, kasih sayang dan keredaan ALLAH serta mendoakan PDRM Johor khasnya terus bersemangat dan diberikan kekuatan untuk menjalankan tugas dalam menjaga keselamatan dari pelbagai ancaman dan kedaulatan negara teguh terpelihara,” katanya.


Dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada kira-kira jam 2.54 pagi Jumaat lalu, dua anggota polis maut manakala seorang lagi anggota dilaporkan cedera.

Dua anggota polis yang maut ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi meninggal dunia akibat ditetak di bahagian belakang leher dan kepala manakala Muhamad Syafiq maut akibat ditembak di bahagian pipi sehingga menembusi kepala.

Allahyarham Azza Fahmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, pada jam 7.20 malam Sabtu, manakala Allahyarham Muhamad Syafiq pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 8, Jalan Gambang, Kuantan, pada jam 5.50 petang, hari yang sama.

Sementara Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori