Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

13 Maut, Bas Mini...

JAKARTA - Tiga belas orang maut apabila bas mini Metromini yang dinaiki mereka...

Pengerusi Skim Wajib Tayang...

PENGERUSI Skim Wajib Tayang, Zahrin Aris mencabar pengarah, Ahmad Idham membuat laporan kepada...

Malaysia Boleh Jadi Negara...

KUALA LUMPUR - Malaysia berpotensi menjadi negara usang dan tidak ‘berpenghuni’ jika isu...

Belanjawan: Kerajaan Amerika Syarikat...

WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi ditutup pada tengah malam kelmarin...

Tahniah PH Di KKB – PM

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengucapkan tahniah atas kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anwar yang juga Presiden PKR berkata pihaknya turut menghargai kerjasama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atas kemenangan itu.

“Tahniah kita menghargai kerjasama daripada Anthony Loke. Tahniah kerana menang di Kuala Kubu Bharu,” katanya pada ucapan majlis sambutan ulang tahun PKR ke-25, di sini.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan PH berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 3,869 undi melalui calonnya, Pang Sock Tao.


Tiga pihak akan bincang langkah ketatkan keselamatan di lapangan terbang

Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam tadi, sekali gus mempertahankan DUN itu yang dimenangi DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setakat 8 malam, PH meraih 11,818 undi, PN (8,303 undi); Bebas (159) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 129 undi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori