Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cerai Dengan DAP Selaras...

KOTA BHARU - Tindakan Pas memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan...

Tiada Lokaliti Baharu Dikena...

KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu di negara ini yang diumum dikenakan Perintah Kawalan...

Abang Durjana Dapat Balasan...

KLANG - Perbuatan terkutuk seorang mekanik sambilan melakukan sumbang mahram dan memasukkan jari...

Golongan Belia Di ESSZone...

SEMPORNA - Golongan belia di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diminta membantu...

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

JOHOR BAHRU : Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi membuat persediaan dengan memakai pelindung badan dan dipercayai mahu merampas senjata api.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki itu menggunakan sejenis beg sebagai pelindung yang dilengkapi zink, kertas dan kain, dipercayai persediaan untuk bertempur dengan polis.

Katanya, polis juga percaya lelaki berusia 21 tahun itu yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) mempunyai agenda lain kerana merampas senjata api anggota polis yang diserang.

“Kita lihat mungkin suspek datang nak dapatkan senjata api untuk agenda yang kita masih tidak tahu lagi buat masa ini. Oleh itu, saya telah arahkan Cawangan Khas (SB) segera kenal pasti semua anggota JI di Johor untuk disiasat,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudin mengarahkan semua balai polis dan kawasan tumpuan di negeri ini ditingkatkan pemantauan berkuatkuasa serta-merta.

“Semua balai polis diarahkan meningkatkan pemantauan serta-merta. Kes ini juga kita akan maklumkan secara rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Istana Johor,” katanya.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan suspek dipercayai ahli JI, berkata lebih 20 ahli JI dikenal pasti berada di Johor.

Pada sidang media di lokasi kejadian, beliau juga memaklumkan, semakan polis mendapati lelaki berusia 21 tahun itu tiada rekod jenayah.

Sementara itu, katanya, polis turut menahan dua pengadu dalam kes terbabit bagi membantu siasatan.


Mengenai anggota polis yang cedera ditembak, beliau berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan, polis menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan.

Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 tahun hingga 62 tahun, yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam serangan jam 2.54 pagi itu, dua anggota polis dilaporkan terbunuh, manakala seorang lagi cedera, manakala suspek yang bertopeng, berpakaian gelap dan bersenjatakan parang ketika menceroboh masuk balai polis berkenaan, ditembak mati di lokasi.

Dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital sama.

Difahamkan, suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Dia kemudian melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori