Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perbicaraan Kes Ku Chin...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan perbicaraan selama enam hari bermula...

Nelayan Myanmar Miliki Dadah...

TELUK INTAN - Seorang nelayan warganegara Myanmar merupakan antara 21 individu yang ditahan...

Akaun BERSATU Masih Dibeku

KUALA LUMPUR : Beberapa akaun milik parti BERSATU masih lagi dibekukan setakat hari...

Tindakan Pemimpin PKR &...

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP...

Tular Video Penyerang Tunggu, Ekori Faisal Sebelum Simbah Asid

Kuala Lumpur : Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara 5 Mei lalu, tular di media sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Klip berdurasi 56 saat itu dikongsikan pemilik akaun di laman X yang memaparkan penyerang berselindung di belakang kereta sebelum mengekori dan menyerang Faisal dari arah belakang.

Penyerang bertopi dan berpelitup muka itu kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan lapan kesan cap di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim, namun hanya tiga cap jari sahaja cukup sifatnya.

Menurutnya, hasil lapan cap jari yang dianalisa itu, limanya tidak cukup sifat manakala tiga lagi cukup sifat.

Bagaimanapun semakan di dalam sistem pangkalan data mendapati tidak timbul padanan dengan cap jari cukup sifat itu.


Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sedang menganalisa cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat beli belah didapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan atau tempat sehingga meninggalkan cap jari.

Sebelum itu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya pada 5 petang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori