Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sebahagian Taman Tasik Titiwangsa...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sebahagian kawasan Taman...

Polis Marin Rampas 2,290...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor berjaya merampas 2,290 karton rokok...

10 Rakyat Malaysia Antara...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 233 kes baharu COVID-19, termasuk membabitkan...

Kempen Pemuda BN DUN...

SEREMBAN - Kempen Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Turkiye Gantung Semua Aktiviti Dagang Dengan Israel

GLOBAL | Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan negara itu dengan Israel hari ini berikutan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Kementerian Perdagangan Turkiye langkah itu berikutan sekatan Turkiye ke atas eksport kumpulan produk tententu ke Israel sejak bulan lepas, yang menurut Ankara akan kekal dikuatkuasakan sehingga gencatan senjata di Gaza dicapai.

Dalam kenyataan, kementerian itu mengimbau kembali sebelum ini yang Ankara mengehadkan eksport 54 kumpulan produk kerana konflik tersebut yang membawa malapetaka kemanusiaan dan kemusnahan fizikal berterusan selain Tel Aviv tidak mempedulikan desakan antarabangsa untuk gencatan senjata.

‘’Menerusi pemerhatian, kerajaan Israel terus dengan tingkah laku agresif dan tragedi kemanusian di Palestin semakin teruk,” kata kementerian itu.

“Justeru, langkah fasa kedua diambil di peringkat negara dimulakan dan transaksi eksport dan import dengan Israel telah digantung untuk semua produk,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Xinhua.


Menurut kementerian berkenaan, Turkiye akan melaksanakan dengan tegas langkah baru tersebut sehinggalah Tel Aviv membenarkan bantuan kemanusian masuk tanpa gangguan ke Gaza.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Turkiye sedang menyelaraskan dengan pihak berkuasa Palestin bagi memastikan mangsa perang yang terpaksa tinggal di bawah pendudukan Israel tidak terkesan dengan sekatan berkenaan.

Menurut Institut Perangkaan Turkiye, jumlah dagangan di antara kedua-dua negara mencecah AS$6.8 bilion pada 2023, dengan eksport Turkiye merupakan 76 peratus daripada jumlah keseluruhan.

-Malaysia Kini

1 komen

  1. I simply could not go away your web site prior to suggesting that I really enjoyed the standard info a person supply on your guests Is going to be back incessantly to investigate crosscheck new posts

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori