Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

COVID-19: KKM Perlu Lebih...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) meminta lebih ramai individu tampil menjadi sukarelawan...

Howto Write With a...

An argumentative essay is a writing item intended to convince an individual to...

Operasi Tembak Gagak Di...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan operasi menembak burung...

Ahli Parlimen Cerita Kesukaran...

KUALA LUMPUR - Kesukaran rutin harian akibat gangguan air yang berlaku di beberapa...

UMNO Sedia Beri Peluang Kedua Kepada Bekas Ahli

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Jalaluddin Alias berkata parti itu bersedia menerima bekas pemimpin dan ahli parti yang telah disingkirkan sebelum ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jalaluddin yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata, ini kerana ada di kalangan mereka yang disingkirkan selepas proses pemutihan mahu menjadi ahli Umno semula selepas melihat keadaan parti itu ketika ini.

“Di Negeri Sembilan, Setiausaha Umno negeri dan bahagian sudah diarah membuat tapisan setiap permohonan yang dibuat bagi memastikan mereka yang masih mempunyai kecenderungan dan kesetiaan kepada parti diambil semula sebagai ahli.

“Proses pemutihan dilakukan parti sebelum ini bertujuan membersihkan parti daripada mereka yang tidak berminat lagi dengan Umno dan beranggapan parti itu akan menjadi lemah,” katanya seperti dillaporkan Berita Harian.

Jalaluddin ditemui selepas merasmikan Persidangan Umno cawangan Amar Penghulu di Dewan Budaya Kampung Amar Penghulu di Jelebu semalam.

Selepas PRU15, pucuk pimpinan Umno menyingkirkan beberapa pemimpinnya yang dilihat tidak sehaluan dengan keputusan parti itu untuk bekerjasama dengan PH.


Antara yang dipecat ialah bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno Selangor, Isham Jalil.

Manakala bekas naib presiden Umno, Hishamuddin Hussein dan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan pula digantung keahlian mereka.

Jalaluddin berkata, proses pemutihan sebelum ini tidak menggugat parti itu di Negeri Sembilan berikutan cawangannya berjaya menjalankan mesyuarat cawangan mengikut jadual.

Katanya ada bahagian seperti di Jelebu menyaksikan pembukaan cawangan baru sekali gus menambah jumlah ahli Umno.

“Umno sudah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dan dilanda pelbagai masalah tetapi keistimewaan parti ini apabila dilanda masalah ia mempunyai kaedah tertentu mengatasinya,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori