Putrajaya : Guna kereta Perodua Myvi bagi mengangkut dan memindahkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Bangladesh dari Kelantan ke ibu negara.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Itu modus operandi digunakan sindiket pemerdagangan manusia membabitkan tujuh lelaki Bangladesh yang ditumpaskan hasil operasi khas di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail di sini.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh berkata, sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya berjaya menjejaki dan menumpaskan sindiket penyeludupan manusia itu jam 7.02 malam, kelmarin.
“Pihak kami terlebih dahulu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang suspek warga Bangladesh di lot parkir premis berkenaan.
“Suspek yang menyedari kehadiran pasukan operasi cuba melarikan diri namun berjaya dipintas,” katanya.
Beliau berkata, suspek berusia 33 tahun diberkas bersama dua PATI warga sama yang berada di dalam kenderaan itu.
“Kami yakin suspek berperanan sebagai ‘transporter’ (pengangkut) atau individu yang memindahkan PATI dari satu lokasi ke lokasi lain.
“Hasil pemeriksaan susulan ke kediaman berhampiran menemui lima lagi PATI Bangladesh berusia
lingkungan 21 higga 38 tahun,” katanya semalam.
Menurutnya. kesemua warga Bangladesh yang ditahan itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah untuk berada di negara ini.
Dalam operasi itu, imigresen turut merampas 10 naskhah pasport Bangladesh, tiga unit telefon bimbit, wang tunai RM500 dan kereta Perodua Myvi yang dipercayai untuk mengangkut PATI.
Ruslin berkata, modus operandi sindiket adalah dengan membawa PATI terutamanya warga Bangladesh yang ingin mencari peluang pekerjaan secara haram di negara ini dengan menaiki pesawat dari Bangladesh ke Vietnam.
Menurutnya, PATI akan dibawa menaiki kereta ke Thailand seterusnya menaiki bot untuk dibawa ke Kelantan.
“PATI akan dihantar ke lokasi yang dipilih sendiri setelah selesai membuat bayaran kepada ejen warga Bangladesh yang berada di Malaysia,” katanya.
Ruslin berkata,hasil siasatan awal mendapati, sindiket mengenakan bayaran RM13,000 hingga RM21,000 bagi setiap PATI dan sudah beroperasi selama dua bulan.
Menurutnya, ‘transporter’ yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran(ATIPSOM) 2007 manakala warganegara asing yang lain ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta AntiPemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
-Harian Metro
Usually I do not read article on blogs however I would like to say that this writeup very compelled me to take a look at and do it Your writing style has been amazed me Thank you very nice article