Kota Bharu : Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Lundang, di sini, awal pagi tadi.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Mangsa yang berusia 36 tahun dihantar ke HRPZII menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Komander Operasi, Ramli Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 3.15 pagi dan 31 anggota dikerah ke lokasi.
“Tiba di lokasi, kami dapati, kebakaran membabitkan tiga rumah separuh kekal yang musnah 100 peratus, manakala dua lagi rumah kekal musnah 70 peratus.
“Kebakaran dapat dikawal jam 4.45 pagi. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
-Harian Metro