Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Dekat Tapi Jauh’ Tepis...

FORTEEN yang dianggotai oleh jejaka jambu terdiri daripada Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Mohamad Arif Ameerais...

Najib Banyak Membantu Selamatkan...

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu menyelamatkan perusahaan Proton walaupun...

Gobind Jumpa Wakil Astro...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan bertemu dengan...

SPRM Tahan Bekas CEO...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah syarikat...

Warga Emas Ditemukan Maut Dalam Rumah Dilanda Banjir

Ipoh : Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 80 tahun itu ditemukan di atas katil di rumah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan.

“Mangsa yang tinggal seorang diri meninggal dunia bukan disebabkan lemas dan jiran mangsa yang memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima maklumat pada 9 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dengan bantuan BBP Taiping bergegas ke lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.58 pagi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dalam kenyataan berkata mangsa meninggal dunia disebabkan sakit tua.

“Kematian mangsa tidak berkaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun disebabkan banjir,” katanya.

-Harian Metro

1 komen

  1. Hi Neat post There is a problem along with your website in internet explorer would test this IE still is the market chief and a good section of other folks will pass over your magnificent writing due to this problem

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori