Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Selamba Pandu...

SATU video di China menjadi viral apabila seorang wanita didapati dengan selambanya memandu kereta...

Presiden Gambia Tidak Terima...

LUSAKA: Berita mengenai Presiden Zambia, Hakainde Hichilema, tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya...

17,134 Kes Baharu; Hanya...

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat mencecah 17,134 kes hari ini, menjadikan...

Salute.. Biker Baik Hati...

MUNGKIN ramai beranggapan golongan bikers merupakan 'abang besar' di jalan raya kerana ada antara...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Konsul Urusan Haji, Nasrullah Jasam, mengesahkan kematian berkenaan membabitkan pelbagai faktor, termasuk strok haba.

“Walaupun strok haba adalah antara faktor penyumbang, ia tidak secara langsung menyebabkan sebarang kematian, setakat ini,” katanya kepada CNN Indonesia.com, semalam.

Bagaimanapun, Nasrullah memaklumkan, jumlah jemaah Indonesia meninggal dunia pada musim haji kali ini menurun dengan ketara berbanding 212 kematian pada tahun sebelumnya.

Tahun ini, Indonesia menghantar sejumlah 241,000 jemaah haji membabitkan 213,320 jemaah biasa dan 27,680 jemaah khas.


Menurut CNN Indonesia.com, musim haji tahun ini diiringi cuaca panas melampau di Arab Saudi dengan suhu mencecah antara 45 hingga 48 darjah Celsius.

Pihak berkuasa mengeluarkan garis panduan kesihatan, termasuk menasihati jemaah supaya menggunakan payung untuk berteduh, kekal terhidrat dan berehat secara berkala bagi mengelak daripada keletihan ketika menjalankan ibadah.

Antara usaha mengurangkan kesan cuaca panas melampau ialah memasang penyembur air penyejuk udara di pelbagai lokasi sepanjang laluan ibadah haji.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori