Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

‘Tiada Lagi Hukuman Penjara...

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam...

Switzerland Sahkan Najib Bukan...

GENEVA - Pejabat Peguam Negara Switzerland menjelaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak...

Tindakan Shafie Ambil Alih...

KOTA KINABALU - Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar berkata...

Video: Kanak-Kanak ‘Diterkam’...

SEORANG kanak-kanak perempuan nyaris maut selepas diserang harimau ketika bersiar-siar di sebuah pasar...

2 Maut MPV Bertembung Lori

Ipoh : Dua wanita termasuk seorang remaja maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan tayar di Jalan Simpang Pulai menghala Kampung Kerawat, Simpang Pulai, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Nahas kira-kira 11 pagi itu turut mengakibatkan lelaki warga emas berusia 65 tahun yang memandu kenderaan sama parah manakala dua kanak-kanak perempuan cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dibantu BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi nahas sebaik panggilan diterima 11.39 pagi tadi.

Katanya, nahas itu membabitkan Toyota Avanza dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan lori membawa muatan tayar.

“Dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan. Mereka berdua disahkan maut oleh pihak perubatan dengan operasi tamat 1.15 tengah hari tadi.


“Toyota Avanza itu dalam perjalanan menghala ke Cameron Highland dan lori pula dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sabarodzi berkata, seorang daripada dua wanita yang maut berusia 14 tahun, manakala dua-kanak-kanak perempuan masing-masing berusia empat dan sembilan tahun, serta pemandu MPV Toyota Avanza cedera.

Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun yang juga pemandu lori tidak cedera.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori