Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

UMNO-PAS Buat Laporan Polis...

SHAH ALAM - Dua laporan polis dibuat Pemuda PAS dan UMNO Selangor berhubung...

Peniaga Perlu Contohi Kebersihan...

KUALA LUMPUR - Pasar malam di ibu negara bakal menjalani transformasi seiring dengan...

Tuntutan Masyarakat Orang Asli...

KOTA BHARU - Banyak tuntutan yang dikemukakan oleh masyarakat Orang Asli yang mengadakan...

Pengundi Malaysia Tak Setuju...

SHAH ALAM - Kajian Merdeka Center mendapati pengundi di negara ini tidak bersetuju...

2 Penumpang China Maut Bas Persiaran Terbabas, Terbalik

BENTONG: Dua warga China maut manakala 19 lagi selamat selepas bas persiaran dinaiki terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan dua daripada mangsa dilapor tersepit dan kerja-kerja menyelamat kini sedang dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.43 pagi.

“Sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, BBP Genting Highlands dan Unit Kebakaran Genting dikejarkan ke lokasi.

“Sejurus tiba, didapati dua penumpang tersepit di dalam bas manakala 19 orang mangsa dibawa keluar dari bas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, pemeriksaan mendapati bas persiaran berkenaan membawa 11 penumpang lelaki dan tujuh wanita warga China.

“Manakala tiga lagi mangsa adalah pemandu dan dua pemandu pelancong warga tempatan.

“Mangsa yang cedera akibat tersepit di dalam bas akan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori