Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan...

PERJUMPAAN Pakatan Harapan (PH) bersama duta negara Eropah (EU) yang diketuai oleh Tun...

Harapan Yusra Menjadi Pengantin...

PIDIE JAYA (ACEH) - Tiada apa yang boleh diungkapkan menerusi kata-kata untuk menjelaskan...

UMK Nafi Ahli Akademik...

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menafikan berlaku plagiat dalam...

Jenazah Pelajar Malaysia Maut...

KUALA LUMPUR - Jenazah Affiah Ariffin Hew, 23, yang meninggal dunia selepas terbabit...

33,362 Saman Dalam 11 Hari OP HUU Di Ibu Negara

Kuala Lumpur : Sebanyak 33,362 saman dikeluarkan sepanjang 11 hari pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (OP HUU)di ibu negara bermula 4 Jun lalu hingga semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, halangan lalu lintas atau parkir adalah kesalahan tertinggi direkodkan dalam tempoh terbabit.

Katanya, sebanyak 25,405 saman membabitkan halangan lalu lintas, berhenti di laluan pejalan kaki (1,901); tiada lesen memandu (939), kesalahan nombor plat (431), dan cukai jalan tamat tempoh (585).

“Selain itu tidak ikat topi keledar (88), tiada nombor pendaftaran (192), tiada cermin sisi (392), menggunakan telefon (186), tidak tampal P (220), lesen tamat tempoh (140), lampu brek tidak fungsi (23), ubahsuai kenderaan (51) dan tiada perlindungan insurans (47).

“Sebanyak 211 operasi dijalankan di beberapa lokasi sekitar ibu negara, antaranya OP Telefon Bimbit, OP Motosikal, OP Had Laju/LSD, OP Perdagangan, OP Halangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sarifudin berkata, 374 pegawai kanan dan 4,236 anggota JSPT Kuala Lumpur ditugaskan sepanjang tempoh terbabit, selain dibantu beberapa anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“JSPT Kuala Lumpur juga melakukan sebanyak 66 tangkapan dan turut menyita lima motosikal dan sebuah lori,” katanya.

Pada 31 Mei lalu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi trafik secara besar-besaran menerusi OP HUU di seluruh ibu kota, bermula 4 Jun sehingga 15 Jun.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori