Sunday, June 30, 2024

Creating liberating content

Thai AirAsia X Peroleh...

BANGKOK - Thai AirAsia X yang juga syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh...

Wak Doyok Dikecam ‘Tayang’...

SEBENARNYA ramai juga orang Melayu kaya di Malaysia ni, termasuklah ikon media sosial...

Jerebu: Mesej Dari Si...

GAMBAR memaparkan seorang kanak-kanak Indonesia memegang sekeping nota yang ditujukan kepada Presiden Jokowi Widodo...

JAIPK Anjur Karnival Street...

IPOH - Karnival Street Dakwah anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Masjid...

68,900 Warga Asing Sudah Dihantar Pulang

Kuala Lumpur : Seramai 79,231 warga asing menyerah diri secara sukarela melalui Program Repatriasi Migran (PRM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, seramai 68,900 warga asing dihantar pulang dengan bantuan kedutaan negara masing-masing selepas membayar kompaun yang dikenakan terhadap mereka mengikut Akta Imigresen.

“Sebelum hantar balik, kita minta dia bayar kompaun dan kita kutip kompaun hampir RM40,000.

“Empat negara yang paling ramai serah diri rakyatnya adalah Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan,” katanya semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) sejauh mana tindakan kerajaan terhadap warga asing yang tidak memiliki dokumen dalam negara ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sejak Januari sehingga 26 Jun, sebanyak 7,975 operasi dijalankan dan seramai 76,477 warga asing diperiksa.


Katanya, daripada jumlah itu, seramai 20,207 warga asing tidak mempunyai sebarang dokumen dan mereka dibawa ke Depoh Imigresen.

Saifuddin berkata, selepas mereka dihantar ke Depoh Imigresen, pihaknya akan menghubungi kedutaan untuk menghantar mereka ke negara asal.

Selain menahan warga asing katanya, majikan turut ditahan kerana kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

“Mereka takkan masuk kalau majikan tak gajikan mereka. Majikan gajikan ikut undang-undang tak ada masalah.

“Tapi bawa masuk, curi-curi tanpa dokumen, 456 majikan kita tahan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori