Sunday, June 30, 2024

Creating liberating content

Emma Mengaku Buka Tudung,...

PELAKON Emma Maembong mengaku dia merupakan individu dalam sekeping gambar bersama abang Menteri...

Mayat Lelaki Tanpa Tangan...

BELURAN - Mayat seorang lelaki tanpa tangan dan kaki dipercayai dibaham buaya ditemukan...

Ketepi Perselisihan Kerajaan Negeri,...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor bertitah, sebarang perselisihan atau perbezaan melibatkan hubungan kerajaan...

Siasatan Pembelian Scorpene Lancar

KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversial berjalan lancar...

Abdul Wahhab Al-Shaibi Pemegang Baharu Kunci Kaabah

MAKKAH : Ahli tertua keluarga Al-Shaibi, Syeikh Abdul Wahhab Al-Shaibi dilantik menjadi pemegang baharu kunci Kaabah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Abdul Wahhab yang juga penjaga kunci Kaabah ke-78 dilantik memegang amanah itu berikutan pemegang kunci ke-77, Sheikh Saleh Al-Shaibi yang meninggal dunia Jumaat lalu.

“Semoga Allah SWT memberi saya kejayaan dalam melaksanakan tugas ini di bawah pemerintahan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman,” katanya pada upacara penyerahan kunci Kaabah pada Isnin.

Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.

Tanggungjawab memegang kunci pintu Kaabah biasanya diserahkan kepada anggota tertua keluarga kaum Al-Shaibi, tidak semestinya anak lelaki pemegang kunci sebelumnya.


Peraturan itu membolehkan kepercayaan berkenaan dilakukan secara lancar dalam kalangan anggota keluarga terbabit.

Keluarga berkenaan diamanahkan untuk memegang kunci itu sejak zaman Rasulullah SAW.

Apabila Nabi Muhammad SAW menawan Makkah, baginda meminta kunci berkenaan.

Rasulullah kemudian menunaikan solat di dalamnya, membersihkannya sebelum menyerahkannya semula kepada Shaibah Al-Awqas, sambil bersabda, kunci itu akan kekal dengan keluarga itu sehingga hari kiamat.

-Berita Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori