Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kenal Pasti Penganjur...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti pihak penganjur terlibat dalam Perhimpunan Aman...

Anjing Kencing Dalam Tesco,...

SEJAK semalam gambar memaparkan dua pelanggan wanita di Tesco Plentong, Johor Bahru meletakkan...

Denda Naik 5K? Oh...

UNTUK tokey-tokey 🐽, 5k takda erti apa.5K untuk pemandu yang ditahan mabuk ketika...

Operasi SAR Kru Kapal...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika...

Akaun Instagram Ibu Zayn Rayyan ‘Lesap’

SHAH ALAM – Berita mengenai penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di Damansara Damai tahun lalu mengemparkan negara pada Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Susulan daripada itu, akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok milik ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29 menjadi tumpuan netizen bagi melihat hantaran terkini.

Bagaimanapun hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, akaun Instagram sudah tiada tetapi TikTok dan Facebook masih wujud.

Menjengah ke laman Instagramnya, akaun milik Ismanira juga sudah dinyahaktif manakala di TikTok akaun dia telah diletakkan mod privasi.

Menerusi Facebook miliknya mendapati kali terakhir dia memuat naik hantaran pada 15 Februari lalu.

Ismanira sebelum ini dilihat aktif berkongsi mengenai anak-anaknya di TikTok dan Instagram termasuklah rantaian hantaran sedih mengenai kematian Zayn Rayyan.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pasangan berusia 28 tahun terbabit dipercayai ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.


Dalam pada itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, siasatan ke atas ibu bapa Zayn dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, suami isteri itu ditahan berdasarkan hasil maklumat risikan dan siasatan dari hari pertama kejadian tersebut.

Pada 6 Disember lalu, kanak-kanak malang berusia enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

-Sinar Harian

1 komen

  1. Somebody essentially help to make significantly articles Id state This is the first time I frequented your web page and up to now I surprised with the research you made to make this actual post incredible Fantastic job

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori