Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan kongsi firma guaman yang pernah mewakili firma pelaburan negara itu.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan itu membuat bantahan dalam afidavitnya bagi menyokong permohonannya untuk hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar tindakan saman sivil 1MDB tethadapbya.
Menurut permohonan dan afidavit yang difailkan semalam, Rosmah mendakwa Adlin adalah rakan kongsi firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill dari Mac 2011 hingga Mac 2021 (Adlin dilantik sebagai hakim pada 1 April 2021).
Menurut Rosmah, bahawa firma guaman itu telah dilantik seawal 2018 untuk mewakili 1MDB bagi mendapatkan semula aset dana itu, memetik laporan media massa yang diterbitkan antara 30 Ogos 2018 dan 4 Jun 2021.
“Saya telah diberikan nasihat oleh peguam saya dan dengan sesungguhnya menyatakan bahawa terdapat ‘bahaya berat sebelah sebenar’ dan bahawa untuk kepentingan keadilan, adalah wajar bagi Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar kes ini dan untuk kes ini dipindahkan ke mahkamah lain untuk didengar oleh hakim bicara lain,” kata Rosmah dalam afidavit yang dilihat oleh Malaysiakini.
Pemohon menegaskan bahawa ia adalah hak asasi dan asasnya untuk perbicaraan adil dan hak ini akan terancam jika Adlin terus mendengar tuntutan mahkamah 1MDB.
Pada 14 Jun, peguam Rosmah, Reza Rahim memaklumkan mahkamah sivil bahawa dia akan memfailkan permohonan menarik diri pada 26 Jun.
Adlin kemudiannya menetapkan 26 Jun untuk mendengar permohonan supaya dia menarik diri daripada prosiding.
-Malaysia Kini